Jumaat, 8 Januari 2010

Bermulanya sesi PersekolahaN 2010


Sedar tak sedar daH 5 tahun ako di sekolah ini.....sedar tak sedar juga....dah berlalu 5 hari sesi persekolahaN....Seronok tengok murid-murid pergi ke sekolah semula....riuh rendah la kawasan sekolah dengan suara murid dan suara guru....pelbagai ragaM murid harus dihadapi pada minggu awal persekolahan ini......Murid taHun 1 lah yang paling seronok untuk di sakat hehehe....

Ako tahun ni tak mengajar tahap 1 ( THN 1,2,3) kerana ditugaskan mengajar kelas tahap 2(thn 4,5,6). Walaupun tak mengajar Tahap Satu tapi kalau mendengar cerita rakan guru yang lain boleh membuatkan kita ketawa geli hati.....Semalam seorang murid Tahun satu menangis semasa waktu Pendidikan Jasmani. Bila ditanya oleh guru PJ...dia kata dia tak ada baju warna merah....kebetulan murid tahun 1 semua menggunakan baju PJ warna merah ( baju PJ PRA sekolah mereka tahun lepas)dia sorang je pakai baju warna kuning....heheheh terpaksa lah rakan ako tu memujuk murid tu....baru lah budak tu berhenti menangis.....ada skill mak2 juga kwn ako tu hahahah


Hari selasa pula....semasa ako dalam perjalanan balik ke rumah dari pejabat......ako terserempak dengan dua adik beradik ( abang th4, adik Thn 1)sedang sama2 menangis di beranda asrama.....Dengan penuh simpati sambil usap2 kelapa budak tu ako bertanya...." Nama dik nyabak"? ( soalan dalam bahasa ibaN...maksudnya...kenapa kamu menangis) ....si adik pun jawap " Betiah ka in dai ako" (maksudnya...."Rindu kat mak aku").... tersentuh juga hati melihat sebab budak semuda 7 tahun sudah berada di asrama.....aku pun pujuk budak tu sampai berhenti menangis....si abang pula menangis bukan sebab apa....sebab tak tahu nak pujuk adik...dia memangis sama.....adoi heheheh


Bila malam menjelma .....lagi terasa kerinduan murid2 tahun 1 ni kat ibu bapa mereka......kadang-kadang ada juga terdengar suara mereka menangis rindukan ibu bapa ......Sebab itu...ako membenarkan murid tahun 1 yg ada kakak atau abang....tidur bersama buat sementara waktu......Jadi tak hairanlah jika ada murid lelaki tidur di asrama perempuan atau sebaliknya hehehehe....tetapi mereka akan dipisahkan apabila adik adik mereka ini sudah dapat menyesuaikan diri dgn keadaan di asrama...(mencabar kan tugas ako sebagai PKHEM.....baru dilantik tahun ni utk menjawat jawatan ni ehem ehem )

Tengok lah wajah murid2 di sekolah pendalaman ni.....

Sabtu, 13 Jun 2009

BeraKhiRnYa Musim CuTi seKolaH

UhhhHH...malas rasanYaa....hari ni berakhirnya cuti sekolaH....isniN ni bermula hari persekolahaN yanG menyerabutkan kepala otaK ako menghadapi karenaH anak2 lintaH ku yanG bakaL menghadaPi UPSR taHun iNi.....BulaN septembeR ni anak2 lintaH ako Tu akan menghadaPi UPSR daN buaT masa niH ( JuN sampai hujunG oGOs) ako akan berhempas Pulas memberi ilmu yanG secukuP...haraP2 yanG masiH lemaH akan puliH lepas 3 buLan kerana lepas ni ujiaN gerak gempuR akan diadakaN tiap minggu.

BaLik ke sekolaH esoK bermakna tak lagi ako akan menghadapi alamak dan mengupdate blog ini......bukan sahaja sebok dgN kerja...tetapi juga sekolah ako tu tak ada line telefon....jauH dari pekan....apa lagi InternaT...so BroadbanD ako ni akan rehaT aje laH kaT rumaH eheheheh...

KawaNNNnnn yanG selalu mengunjungi blog ako...( elinGGG, pinaK...iN....CL ) kena sebut semua nanti ader lagi yg kempis perut ehehehe ...jumpa 2 minggu laGi dari sekaranG....ako akan kuaR masa gaji je eheheheh


Malam ni ako baLik ke Sibu naik bas 8 jaM.....sampai siBu ako akan naik ekspress boat lagi selama 3 jam untuk pergi ke kaPit....dari pekan kapiT.....ako teruskan lagi naik ekspress air selama 1 jam 30 minit untuk pergi ke sekolah......PukuL 1.30 petang baru lah ako akan sampai ke sekolaH.....lepas sapu..kemas rumah......pukuL 3 petanG saya akan tidor sampai pukuL 6 ptG eheheheheh...esoknya pergi ke sekolaHHH.....SELAMAT PAGI CIKGU!!!!! dengar lagi ucapaN niH mulai isnin niH ehehehe

oK kawaN2 babaissssss

Khamis, 11 Jun 2009

PenGumumaNNN

kepada saudara saudari pengunjung bloG ako.....blog akan tergendala dan kurang di update kerana tuan nya sebok ngedate eheheheh...akan di update tidak lama lagik....To PinaK,.....nantikan yek ahahahhaha


Thanks kawan2 maya ku...kerana menjadi kwn2 yg baik...

Isnin, 8 Jun 2009

Jokes for the day to make you laugh...

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah......

PemandaGan IndaH kaT seKolaH Ku.....


Ini laH pemandangan indah di sekolaH ku iaitu Sk Nanga kain....Nanga itu bermaksud muara sungai....naK ke sekolaH aKO kena menaiki Bot ekspress aiR dari pekaN kapiT selama 1 jam 30 miniT...kekadang tu ada juga saya naik perahu panjang.....panas betoL naik perahu panjang tau....dan biasa juga kena hujaN time naiK perahu....sbb perahu mana ada atap or Bumbung..Kenapa sekolaH ako dinamaakan Nanga Kain....sebab tak jauH dari skolaH ako ada rumah panjang yg produce PUA KUMBU.....kaiN tradisional kaum Iban....sangaT cantik dan halus buatan nya...saya ada beli satu....harganya kalau sebesar meja makan dalam RM 2000.00 ...sesiapa yg nak beli bole la contact ako ekekek...




YanG ini ialah lorong antara kelas, PejabaT aM dan Bilik Guru....


Pic niH plaK pemandangaN dari kawasaN skolaH ako...depan skolah ako tu sungai KaiN....daN yg kelihatan Tu adalah rumaH panjanG.....Kaum IbaN...amacam...canggiH tak rumaH panjanG bersimen.....ehekss





p/s indaH kan view skolaH ako...sbb tu ako tahan duduk kat situ wpun hujung minggu...ako ske lagi dok situ dari g bandar yg sesak dgn kenderaan....dan asaP...habuk...debu...aduHhhh Menyeksakan Rongga...MenyesaK dada...aheks

Nak GelaK laGi?? NaH baca laH !!

1. KesiaN nYa paK panDiR!!

Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
"Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?"
Mak Andeh pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG".


2. BijaK juGaaaa BudaK niH kan
Ade sorang budak bername Ali .dia nak pergi ke sebuah kedai…sampai kat kedai,
Ali nak masuk dalam kedai itu ..tapi..... guard kaT siTu HanYa paham b.inggeris aje
Ali Pula LansunG tidak tahu bagaimana nak cakap dalam bahasa inggeris.
Sambil tergaru2 kepala…Ali mendapat idea…Sebelom masok ke kedai itu, Ali berjalan sekeliling kedai .Makin lame makin laju....
selepas itu,Ali berasa pening sangat dan berkata "Ooooopening....."Bila terdengar Ali kata “OpeninGGG”guard tu pun bukak pintu.


p/s Bijak kaN budaK niH eheheh...panjanG akaL....

Ahad, 7 Jun 2009

CerMiN oH CerMiN !!

1. Ini BarU DinamaKan CembuRu BuTa TuLi ahahaha

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.
Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.
Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..
Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .
Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.
Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..
Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..
Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.
Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..


2. KisaH Pak Yaaa...kasihaNnnnn ehehe
Hari itu Pak Ya rasa kurang sihat. Dia ke klinik minta rawatan perubatan kata doktor air kencing Pak Ya perlu diperiksa, lalu diberikan sebuah botol kecil berjam-jam Pak Ya dalam bilik air air kencingnya tidak mahu keluar. Doktotr suruh Pak Ya pulang dan isi botol itu di rumah.
Sampai di rumah Pak Ya terus ke bilik air barulah selesa dan kencingnya keluar lalu di isi ke dalam botol dan diletakkan di atas meja.
Isteri Pak Ya terlanggar meja botol jatuh air kencing pun tertumpah. Isteri Pak Ya berasa takut kena marah lalu mengisi botol itu dengan air kencingnya.
Esoknya Pak Ya bawa botol itu ke Klinik dan setelah ujian air kencing dijalankan Pak Ya dipanggil masuk ke bilik doktor geleng kepala jururawat ketawa.
" Kenapa?" tanya Pak Ya hairan " Awak mengandung tiga bulan," jawab Doktor. Pak Ya terkejut lalu pengsan.